fbpx
Na'im

Malaysia bantu rakyat Palestin bukan sekadar janji – Mohd. Na’im

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Malaysia terus teguh membantu rakyat Palestin, bukan sekadar janji, tetapi melalui tindakan nyata.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar, perkara itu terbukti melalui kerjasama ekonomi Malaysia-Palestin.

“Jumaat lepas, kita memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) kerjasama perdagangan dan ekonomi antara Malaysia dan Palestin.

“​MoU ini lebih daripada sekadar perjanjian perdagangan. Ia manifestasi persaudaraan Islam dan komitmen untuk membantu saudara-saudara kita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Na’im berkata, MoU tersebut akan memperkasa ekonomi Palestin melalui kolaborasi dalam sektor utama seperti industri halal, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan pelancongan.

Katanya, ​pengecualian duti kastam ke atas produk pertanian dan makanan Palestin diimport ke Malaysia pula langkah yang mulia untuk meringankan beban mereka.

“Ini membuktikan kita bersama-sama membangun ekonomi mereka agar dapat berdikari. ​Sebagai sebahagian daripada ummah, kita akan terus menyokong Palestin melalui doa dan usaha praktikal,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI