fbpx
Aisha mendedahkan pernah terdetik berhenti menyanyi disebabkan detik hitam berdepan kegagalan mengadakan konsert pertama sebelum ini.

‘Hampir berhenti menyanyi, nak sambung master di UM’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selepas berdepan detik pahit konsert pertama dibatalkan, penyanyi Aisha Retno tidak dapat menahan sebak apabila berjaya mengadakan persembahan solo pada The A.I.S.H.A Experience, semalam.

Aisha atau nama penuhnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 25, mengakui hampir berputus asa sehingga berhasrat meninggalkan dunia seni.

“Apabila berita (konsert dibatalkan), saya nak berhenti buat muzik dan fokus dalam pembelajaran Ijazah Sarjana bidang ekonomi di Universiti Malaya.

“Tapi saya rasa tak nak tinggalkan pendengar-pendengar saya yang hebat dan usaha saya selama lima ke enam tahun dalam industri,” katanya semasa showcase.

Menurut pelantun lagu W.H.U.T. itu, kejayaan mengadakan showcase menjadi penebus semangat selepas melalui ujian getir, malah bakal melancarkan album dalam bentuk fizikal istimewa buat peminat.

“Akhirnya terjadi juga misi untuk menjayakan sebuah showcase walaupun bukan skala besar tapi saya bersyukur tengok macam ‘full house’. Insya-Allah orang dapat lebih mengenali saya lagi supaya yang cakap saya tak layak buat konsert kenal saya lebih mendalam.

“Insya-Allah, bukan sahaja buat di KL, mungkin ada rezeki juga buat di Borneo atau di mana-mana sahaja seluruh Malaysia.

“Itu misinya buat masa sekarang dan insya-Allah saya akan lancarkan album fizikal akhir tahun ini,” ujarnya usai konsert.

Tambahnya, pengalaman getir tersebut banyak mengajarnya supaya lebih tabah serta percaya dengan perancangan Allah.

“Saya rasa sangat berbaloi (tak berhenti menyanyi) sebab Allah ada jalan-Nya sendiri. Jadi, saya sentiasa percaya dan belajar dari tragedi besar tahun lepas.

“Saya belajar bahawa semua ini perjalanan daripada Allah. Jadi, kita ikut sahaja apa yang Allah nak pandu kita,” jelasnya.

Sebelum ini, Aisha sepatutnya mengadakan konsert Malam Sutera Aisha Retno pada 6 November lalu tetapi dibatalkan pihak penganjur, Kharisma Music International atas alasan jualan tiket yang tidak memberangsangkan.

Bagaimanapun Aisha menyifatkan tindakan pihak penganjur mengeluarkan kenyataan berhubung pembatalan konsert solonya sebagai tidak profesional.

Dalam showcase semalam, hampir 1,000 penonton hadir menyaksikan Aisha mempersembahkan rangkaian lagu popularnya seperti W.H.U.T., Sutera, Samudera termasuk single terbaharu Semoga Saja ciptaan Ade Govinda.

Showcase turut dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi jemputan seperti Aizat Amdan, Megat Fazly, Liza Hanim, Lucidrari dan Sya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN