fbpx
Gambar hiasan

‘Penatnya hidup dua isteri, baki RM10 pun tak ada’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Nampak macam bahagia, tetapi hakikatnya penat,” demikian luahan seorang lelaki yang mengakui hidup berpoligami tidak semudah yang disangka selepas lapan tahun berkahwin dengan dua isteri.

Menurut lelaki itu, tanggungjawab berganda dari segi kewangan, emosi dan masa sering membuatkannya keletihan.

“Ramai kata seronok bila ada dua isteri, tapi orang luar hanya nampak yang manis. Hakikatnya, nak pastikan kedua-duanya gembira bukan mudah.

“Kadang-kadang saya sendiri rasa tidak cukup tenaga,” katanya menerusi luahan di Threads.

Lelaki itu berkata, selain memastikan keperluan harian kedua-dua keluarga dipenuhi, dia perlu bijak membahagikan perhatian agar tiada pihak terasa hati.

“Kalau isteri pertama dapat sesuatu, isteri kedua juga kena dapat sama. Kalau saya balik lambat ke rumah A, rumah B pun kena dilawat. Kalau tak, berminggu-minggu kecil hati,” jelasnya.

Tambah Azmi, kos sara hidup yang meningkat turut memberi tekanan besar buatnya menguruskan dua isteri serta lima anak mereka

“Dulu gaji saya cukup untuk satu rumah. Sekarang dua rumah, dua bil elektrik, dua belanja dapur untuk lapan orang. Gaji bulanan habis begitu saja tanpa sempat simpan RM10 untuk diri sendiri,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN