fbpx
Helikopter rasmi Marine One yang dinaiki Trump terpaksa mendarat cemas selepas mengalami masalah hidraulik. - AGENSI

Helikopter dinaiki Trump, Wanita Pertama Amerika mendarat cemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Helikopter rasmi Presiden Amerika Syarikat, Marine One yang dinaiki Donald Trump dan isterinya, Melania terpaksa mendarat cemas selepas mengalami masalah hidraulik, lapor akhbar The Sun UK. 

Helikopter Presiden AS itu mengalami masalah hidraulik ketika dalam penerbangan dari Chequers menuju Lapangan Terbang Stansted di London. 

Susulan kejadian itu, Trump lewat kira-kira 20 minit.

Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt berkata: “Disebabkan masalah hidraulik kecil, dan sebagai langkah berjaga-jaga, juruterbang mendrat cemas di sebuah lapangan terbang berdekatan sebelum tiba di Lapangan Terbang Stansted.

“Presiden AS dan Wanita Pertama menaiki helikopter sokongan dengan selamat. 

“Mereka kemudian menaiki kapal terbang Air Force One untuk perjalanan pulang ke Amerika Syarikat dari Britain,” kata Leavitt. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN