fbpx
Anthony berucap melancarkan identiti korporat baharu CAAM di Putrajaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

Wujudkan kerangka kawal selia, pantau zon ekonomi altitud rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Satu kerangka kawal selia akan diwujudkan bagi memantau zon ekonomi altitud rendah termasuk industri dron di negara ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) merupakan badan yang bertanggungjawab mengawal selia dan merangka garis panduan operasi yang bersesuaian bagi sektor tersebut.

“Kita perlu ada kerangka kawal selia ekonomi altitud rendah kerana ia sangat penting dan mesti dilaksanakan oleh pihak CAAM.

“Apa sahaja industri baru tanpa satu kerangka kawal selia yang jelas, ia tidak boleh ‘take off’ terutamanya dalam bidang yang melibatkan penerbangan ini.

“Walaupun pada altitud rendah, tapi ia melibatkan penerbangan, mungkin ada penumpang atau pun kargo. Jadi kita lihat kepada aspek keselamatan dan sebab itu saya kata bahawa ini tugas dan tanggungjawab CAAM untuk melihat bagaimana kita boleh mengawal selia industri baharu ini dengan baik,” katanya menerusi sidang akhbar selepas melancarkan identiti korporat baharu CAAM di sini hari ini.

Untuk rekod, ekonomi altitud rendah merujuk kepada aktiviti ekonomi yang menggunakan ruang udara di bawah ketinggian tertentu iaitu sekitar 1,000 meter untuk pelbagai aplikasi.

Ia termasuk penggunaan teksi terbang, penghantaran pakej menggunakan dron, pertunjukan cahaya dron, dan perkhidmatan kecemasan pantas, selaras dengan perkembangan teknologi kenderaan elektrik dengan keupayaan mendarat dan berlepas secara menegak (eVTOL). – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI