fbpx
Kejadian kemalangan melibatkan penunggang motosikal Ducati dengan sebuah kereta di Jalan Batu Belah, Klang.

Penunggang motosikal Ducati maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi di Jalan Batu Belah, di sini malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, mangsa berusia 42 tahun yang menunggang motosikal jenis Ducati itu disahkan meninggal dunia di lokasi.

Katanya, enam anggota termasuk pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Klang Utara bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan pada pukul 11.40 malam.

“Bomba yang tiba enam minit kemudian mendapati kemalangan melibatkan motorsikal ducati dan kereta Perodua Myvi.

“Seorang lelaki yang merupakan penunggang motosikal meninggal dunia. Kematiannya disahkan oleh petugas Kementerian Kesihatan,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN