fbpx
Tangkap layar beberapa video memaparkan sebuah keluarga yang berpakaian berpakaian serba kuning dan bertengkolok seperti istiadat kerabat diraja dalam majlis akikah.

Pempengaruh pakai baju serba kuning ala diraja ketika akikah disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung sebuah video majlis akikah yang dikatakan meniru gaya istiadat kerabat diraja.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, video itu memaparkan sebuah keluarga berpakaian serba kuning dan bertengkolok seakan-akan istiadat diraja dalam satu majlis akikah.

Katanya, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, JSJ Bukit Aman.

“Tindakan itu dipercayai menyalahgunakan lambang diraja dan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut M. Kumar, undang-undang itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum tiga tahun bagi kesalahan tertentu, selain denda sehingga RM1,000 bagi penggunaan tidak wajar lambang diraja.

Terdahulu, tular video di media sosial video memaparkan keluarga seorang pempengaruh dan ahli perniagaan mengenakan pakaian lengkap ala diraja pada majlis akikah anaknya yang berlangsung baru-baru ini.

Tindakan itu menimbulkan kecaman pengguna media sosial yang menganggap ia salah di sisi undang-undang kerana tidak menghormati istiadat diraja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI