fbpx
Keadaan banjir di daerah Penampang yang dirakam dari pandangan udara hari ini. - IHSAN BENCANA ALAM SABAH

Lebih 2,000 mangsa banjir di 4 negeri, Sabah paling terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jumlah mangsa banjir di seluruh negara terus meningkat dengan angka keseluruhan mencecah 2,273 orang setakat pagi ini.

Menerusi data InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daripada jumlah itu, seramai 1,861 mangsa direkodkan di Sabah menjadikan negeri berkenaan paling terjejas ketika ini.

Sebanyak 545 keluarga di Sabah ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) yang telah dibuka susulan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.

Sementara itu, negeri lain yang turut terkesan ialah Perak dengan 187 mangsa melibatkan 66 keluarga, manakala di Selangor seramai 146 mangsa dari 44 keluarga terpaksa dipindahkan.

Di Negeri Sembilan pula, 21 keluarga dengan 79 mangsa turut terjejas dan ditempatkan di PPS.

Secara keseluruhan, sebanyak 24 PPS dibuka melibatkan empat buah negeri terlibat.

Jumlah keseluruhan keluarga yang terkesan setakat ini adalah sebanyak 676 dengan peningkatan 5.18 peratus, manakala jumlah mangsa meningkat sebanyak 5.05 peratus. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI