fbpx
Gambar menunjukkan dua beradik yang disengat kawanan tebuan di wilayah Yunnan pada 28 Jun lalu. - SCMP

Dua beradik hilang nyawa disengat 1,000 tebuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Dua adik-beradik meninggal dunia selepas disengat oleh beratus-ratus ekor tebuan ketika bermain di sebuah ladang jagung di barat daya China, lapor portal berita South China Morning Post semalam. 

Kejadian berlaku di daerah Muding, wilayah Yunnan pada 28 Jun lalu.

Kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun dan adik perempuannya yang berusia dua tahun dibawa ke ladang jagung oleh nenek mereka untuk menemani dia bekerja.

Dua beradik itu dilaporkan bermain di sebuah hutan pain berhampiran sebelum penduduk tempatan mendengar jeritan mereka meminta tolong. 

Nenek mangsa bergegas menyelamatkan mereka dengan membawa keluar cucu lelakinya terlebih dahulu sebelum kembali untuk mengambil cucu perempuannya. 

Bagaimanapun, apabila pasukan perubatan tiba, gadis kecil  itu sudah tidak bernyawa, manakala abangnya dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia pada keesokan hari. 

Ibu bapa mangsa yang bekerja di wilayah lain mengetahui nasib malang anak-anak mereka sehari selepas pulang ke kampung.

“Kedua-dua  anak saya disengat di seluruh badan iaitu kepala, lengan, kaki, belakang dan perut. Tiada bahagian badan yang terlepas,” kata bapa mangsa dikenali sebagai Yang. 

Pakar forensik mendedahkan, budak lelaki itu disengat lebih 300 kali, manakala adiknya terkena sebanyak 700 sengatan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN