fbpx
Anggota polis forensik hadir ke lokasi kejadian di sebuah pangsapuri di Paya Terubong, malam tadi.

Remaja 14 tahun maut jatuh dari tingkat 21

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun ditemukan maut dipercayai terjun dari tingkat 21 sebuah pangsapuri di Paya Terubong di sini, malam tadi.

Mangsa yang dipercayai berasal dari Butterworth dijumpai dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah oleh orang awam di aras enam perumahan terbabit.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhamad berkata, pihaknya menerima makluman berhubung kejadian berlaku pada pukul 8.06 malam.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati mangsa telah ditemukan tidak sedar diri di lantai bawah bangunan pangsapuri tersebut.

“Pasukan Siasatan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut dengan dibantu oleh Pasukan Siasatan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri telah menjalankan pemeriksaan terhadap badan si mati dan di sekitar kawasan kejadian.

“Siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku terhadap mangsa,” katanya di sini, lewat malam tadi.

Beliau memberitahu, mayat si mati telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Pulau Pinang dan bedah siasat dijangka akan dijalankan pada pagi ini.

“Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan satu Laporan Mati Mengejut (SDR) telah dibuka.

“Siasatan terhadap punca kematian akan dijalankan dari pelbagai sudut,” ujarnya.

Justeru, tambah beliau, pihak polis menyeru kepada orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes ini sehingga boleh menjejaskan siasatan. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN