fbpx
Gambar hiasan.

Polis siasat ugutan video lucah terhadap Ahli Parlimen Subang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUBANG JAYA – Polis mengesahkan sedang menyiasat laporan berhubung ugutan video lucah yang diterima Ahli Parlimen Subang, Wong Chen semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, skop siasatan adalah bagi mengesan penghantar e-mel tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa diperas ugut sebanyak AS$100,000 (RM420,500) oleh pihak yang mengaku memiliki video lucah membabitkan dirinya.

Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa menerima ugutan melalui e-mel yang mendakwa video lucah tersebut melibatkan dirinya dengan seorang lelaki.

Ugutan melalui e-mel itu merangkumi tangkap layar video lucah berserta kod QR untuk beliau membuat bayaran AS$100,000 sekiranya tidak mahu video berkenaan disebarkan.

Tangkap layar kabur tersebut memperlihatkan seorang lelaki, katil dan bilik, namun beliau dimaklumkan Ahli Parlimen Subang, Wong Chen turut menerima ugutan sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI