fbpx
Sebuah rumah di RKT Kesedar Paloh 3, Gua Musang, Kelantan pagi tadi. Foto IHSAN PENDUDUK

Tiga sekeluarga redah api selamatkan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Tiga sekeluarga nyaris rentung selepas rumah rumah mereka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 3 di sini, terbakar ketika sedang nyenyak tidur pada awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, seorang ibu tunggal bersama ibu dan cucunya sempat menyelamatkan diri apabila mereka tersedar daripada tidur sebelum terus meredah api keluar dari rumah tersebut.

Mangsa, Hamidah Che Daud, 64, berkata, api marak dengan cepat sebelum memusnahkan keseluruhan rumah yang diperbuat daripada kayu dalam masa singkat.

Menurutnya, dia bersama ibunya yang berusia 83 tahun dan cucu 17 tahun tidak sempat menyelamatkan barangan peribadi termasuk dokumen pengenalan diri termasuk kad bank.

“Kami hanya sempat berlari keluar menyelamatkan diri. Semua barangan rumah, dokumen penting dan pakaian hangus dijilat api.

“Kami kini tinggal sehelai sepinggang dan menumpang berteduh di rumah saudara terdekat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Nor Azizi Che Noh mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan lanjut mengenai punca kebakaran masih dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI