fbpx
Ade sebak ketika upacara pengebumian dua beradik mangsa lemas di Tanah Perkuburan Maqbarah Salimah, Taman Intan Perdana, Port Dickson petang tadi. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH / KOSMO!

‘Saya datang untuk minta maaf tak dapat selamatkan mereka’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORT DICKSON – Saksi kejadian dua beradik lemas di Sungai Linggi minggu lalu memaklumkan dia datang ke Tanah Perkuburan Maqbarah Salimah, Taman Intan Perdana, di sini petang tadi untuk ‘menutup’ rasa bersalah kerana tidak sempat menyelamatkan mangsa.

Ade Mos, 47, yang juga seorang nelayan berkata, dia mengetahui mengenai upacara pengebumian dua beradik berusia 8 dan 9 tahun itu daripada kenalannya.

“Sebaik dapat tahu (pengebumian) saya segera datang ke sini untuk memenuhi hajat dan ‘menutup’ rasa bersalah kerana tidak dapat menyelamatkan mangsa,” katanya ketika ditemui pemberita

Menurut Ade, kali pertama dia bertemu dengan dua beradik itu ketika memancing dan mereka kelihatan terlalu ceria.

“Keletah salah seorang arwah (mangsa perempuan) seperti anak kandung saya. Malah, nama panggilannya pun sama dengan anak saya, Puteri. Jadi, apabila sebut nama anak, pasti saya akan teringatkan mereka dua beradik.

“Hari ini saya datang untuk meminta maaf kerana tidak sempat menyelamatkan mereka. Bagaimanapun saya bersyukur dapat melihat wajah arwah buat kali terakhir sewaktu dikebumi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN