fbpx
Rumah ini kelihatan normal dari luar. - Jam Press

Dari luar nampak macam rumah normal, tapi di dalam….

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Sebuah rumah yang mengandungi dua sel penjara di Staffordshire, Britain diiklankan untuk dijual pada harga £335,000 (RM1.9 juta), lapor akhbar The Sun UK. 

Hartanah terletak di bandar Stroke-on-Trent itu kelihatan biasa dari luar, namun ia pernah digunakan sebagai balai polis untuk menahan penjenayah. 

Kediaman tersebut dilengkapi tiga bilik tidur, tandas serta bilik mandi yang memerlukan pengubahsuaian. 

Bagaimanapun, tingkat bawah tanah rumah itu mempunyai dua sel penjara dan pejabat polis. 

Aras tersebut juga menempatkan lima bilik tetamu, sebuah dapur dan dua tandas. 

“Satu pembangunan atau peluang pelaburan yang menarik di tengah-tengah Trentham. Hartanah ini pernah digunakan sebagai ruang pejabat dan mampu menawarkan potensi yang sangat besar,” kata ejen hartanah, Town and Country Property Auctions. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN