fbpx
GAMBAR dikongsikan mangsa selepas terlibat dalam kejadian langgar lari ketika menyertai larian penuh Melaka International Marathon 2025, Ahad lalu.

Peserta maraton dilanggar lari, PBT siasat pengurusan acara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Pihak berkuasa tempatan (PBT) diarahkan menyiasat dan menyediakan laporan penuh kejadian seorang peserta maraton dilanggar lari sebuah kereta pada program Melaka International Marathon 2025 di Dataran Sejarah, di sini Ahad lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, kejadian itu berada dalam pengetahuan pihaknya dan sedang menunggu maklumat lengkap untuk sebarang tindakan lanjut.

“Saya tahu berlaku kejadian peserta maraton dilanggar dan telah mengarahkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) untuk laporan penuh.

“Siasatan lanjut perlu dilakukan dan tindakan akan dibuat setelah saya mendapat laporan itu nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Perjanjian Jual Beli Elektronik (eSPA) di sebuah hotel di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemalangan tersebut yang turut tular di media sosial Facebook dan mencetuskan reaksi negatif daripada peserta lain berhubung kelemahan pengurusan acara.

Terdahulu, menerusi hantaran dibuat mangsa, dia memberitahu dirinya terpaksa menamatkan larian pada jarak 13.5 kilometer selepas terlibat dalam kejadian langgar lari membabitkan sebuah kereta.

Katanya, pasukan ambulans tiba dalam masa 10 minit untuk membawanya ke hospital dan menerima lebih 10 jahitan di kepala, selain mengalami kecederaan di badan dan kaki. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN