fbpx
Sultan Mizan (tengah) bersalaman dengan hadirin sambutan Maulidur Rasul peringkat Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu hari ini.

Hidupkan semula amalan rawi, marhaban, berzanji – Sultan Mizan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mencadangkan agar rakyat negeri ini kembali menghidupkan amalan bacaan rawi, marhaban dan berzanji dalam kehidupan seharian.

Baginda bertitah amalan yang menjadi kelaziman pada zaman Sultan Terengganu ke-11, Sultan Zainal Abidin III antara tahun 1881 hingga 1918 tersebut boleh dihidupkan semula secara meluas di masjid, surau, institusi pendidikan dan majlis komuniti.

“Mengikut catatan sejarah, pada zaman Kesultanan moyangnda beta, Al-Marhum Sultan Zainal Abidin III, majlis berzikir termasuk bacaan rawi, marhaban dan berzanji telah menjadi amalan yang subur dalam kalangan rakyat negeri ini, khususnya apabila tibanya bulan Rabiul Awal.

“Bacaan ini bukan hanya sebahagian daripada tradisi warisan Melayu Islam, tetapi juga akan menjadi salah satu medium dakwah, pendidikan nilai dan rohani serta pengukuhan kefahaman kepada sirah (sejarah) baginda (Muhammad) Sollallahu ‘Alaihi Wassallam,” titah baginda pada sambutan Maulidur Rasul peringkat Terengganu di sini hari ini.

Sultan Mizan bertitah, amalan bacaan rawi, marhaban dan berzanji tersebut juga dapat menghubungkan hati umat Islam hari ini dengan sejarah, warisan dan kecintaan terhadap Rasulullah.

Dalam perkembangan sama, baginda mengajak semua rakyat agar menjiwai dan mengamalkan nilai-nilai murni yang dibawa oleh Nabi Muhammad dalam kehidupan seharian.

“Hanya dengan semangat ini, kita mampu membina masyarakat yang harmoni, bersepadu dan sejahtera berpandukan ajaran Islam sebenar.

“Baginda (Muhammad) merupakan titik perubahan besar kepada landskap tamadun manusia dan tasawur kehidupan Islam yang lebih gemilang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI