fbpx
SOUTHGATE dan Kane memiliki hubungan yang akrab menyebabkan United mampu merealisasikan hajat mereka membawa masuk penggempur itu. - AFP

Southgate mampu lunas hajat Man. United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Prestasi Manchester United yang dilihat tidak mengalami perubahan besar meletakkan pengurusnya, Ruben Amorim dalam situasi bahaya dan berdepan pemecatan.

Satu kemenangan dalam tiga perlawanan menyebabkan Amorim berada dalam tekanan dan aksi menentang Manchester City selepas cuti rehat antarabangsa dianggap cukup getir dan bakal menentukan nasib pengendali dari Portugal itu.

Situasi berkenaan mencetuskan perbincangan apabila nama bekas pengendali England, Gareth Southgate kembali dikaitkan dengan tugas mengemudi The Red Devils sekiranya mereka membuat keputusan menyingkirkan Amorim.

Berdasarkan sebuah laman sesawang pertaruhan, Southgate berada di kedudukan kedua paling digemari untuk mengambil alih tugas berkenaan di Old Trafford, manakala Pengurus Crystal Palace, Oliver Glasner berada di kedudukan teratas.

Southgate dalam satu temu bual ketika Anugerah Pemain Terbaik Tahunan PFA sebelum ini mengakui tidak akan menolak sekiranya ditawarkan mengemudi mana-mana pasukan yang bersaing di Liga Perdana Inggeris.

Perkembangan itu juga turut mengaitkan kemungkinan United juga berpeluang untuk merekrut pemain yang sudah lama mereka idamkan jika memilih untuk membawa masuk Southgate sebagai pengurus.

Southgate dikatakan mampu menggunakan kelebihan hubungan baiknya dengan penggempur Bayern Munich, Harry Kane untuk membawa pulang pemain itu ke England dan bergabung dengan beliau di United.

United sejak sekian lama dikaitkan dengan perpindahan Kane, namun terpaksa memendam keinginan kerana percaya urusan rundingan bersama kelab lamanya, Tottenham Hotspur yang diketuai Daniel Levy tidak pernah mudah.

Memasuki musim ketiga di Bundeliga, Kane juga dikatakan sedia untuk meninggalkan Allianz Arena musim panas tahun depan selain klausa perpindahannya menjadi lebih rendah dan memungkinkan United untuk pergi mendapatkannya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI