fbpx
LAMMENS memikul tugas besar apabila perlu menyelesaikan krisis prestasi di posisi penjaga gol untuk skuad United. - FB MANCHESTER UNITED

EPL: Lammens perlu selesaikan isu di United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Manchester United membuat keputusan untuk membawa masuk khidmat penjaga gol baharu bagi mengatasi isu di posisi berkenaan yang berlarutan sejak dua musim lalu.

Pihak pengurusan pasukan itu mengesahkan bahawa mereka berjaya menandatangani khidmat penjaga gol Royal Antwerp, Senne Lammens dengan nilai perpindahan £18.1 juta (RM103.42 juta).

Lemmens, 23, yang dipanggil memperkuat pasukan kebangsaan Belgium pada Mac lalu, namun masih belum membuat penampilan telah mengikat kontrak selama lima tahun di Old Trafford.

“Saya sangat berbangga dapat menyertai Manchester United, ia seperti mimpi yang menjadi kenyataan. Saya melalui perjalanan yang hebat sejak beberapa tahun lalu dan akhirnya saya tiba di destinasi yang cukup luar biasa,” katanya.

Lammens berjaya membuat 64 penampilan sepanjang bersama Antwerp sejak 2023 dan membantu pasukan itu untuk menjuarai Liga Belgium pada musim pertamanya di kelab itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI