fbpx
Ibu Allahyarham Syamsul Haris memasuki kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Hulu, Semenyih baru-baru ini. - Foto oleh MUHAMAD IQBAL / KOSMO!

Laporan rasmi bedah siasat Syamsul Haris belum diterima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih belum menerima laporan rasmi berhubung bedah siasat kedua pelatih kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pihaknya akan mengemukakan hasil siasatan sebaik menerima laporan tersebut.

“Setakat ini, maklumat yang kita dengar (mengenai bedah siasat) itu adalah hearsay semata-mata.

“Saya rasa bagi ruang kepada pihak polis menyiasatkan dengan baik dan sempurna dan kita akan kemukakan apa juga hasil siasatan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Program Diploma Kepolisan dan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) di Maktab PDRM Kuala Kubu Baharu, di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan proses bedah siasat kedua Syamsul Haris, 22, dijalankan Sabtu lalu sebelum dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Hulu di Semenyih kira-kira pukul 6.09 petang hari sama.

Syamsul Haris dilaporkan meninggal dunia pada 28 Julai lalu di Hospital Kota Tinggi, Johor, ketika menjalani latihan di Lapang Sasar Imunisasi Tempur, Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada) di Ulu Tiram, Johor.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI