KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan menerima laporan kemalangan melibatkan sebuah kereta dan motosikal di simpang empat lampu isyarat Jalan Kuchai Lama, di sini, Jumaat lalu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd. Isa berkata, laporan dibuat seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun pada pukul 2.20 pagi, Sabtu lalu.
“Kejadian berlaku pada 29 Ogos kira-kira pukul 11.30 malam apabila sebuah motosikal melanggar hadapan kereta pengadu di lokasi berkenaan.
“Semakan mendapati motosikal itu didaftarkan atas nama lelaki warga asing berusia 29 tahun. Namun, sehingga kini tiada sebarang laporan dibuat oleh pemilik motosikal tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Zamzuri berkata, pihaknya sedang mengesan pemilik motosikal itu untuk membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE
@mizayusofff_HELP !!♬ original sound – Pelat R.