fbpx

Emosi Sinar Mata Hati Ernie Zakri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ERNIE ZAKRI

SEWAKTU drama bersiri Suri Katriana ditayangkan menerusi Astro Prima sekitar dua tahun lalu, ramai tertanya-tanya mengenai lagu tema nyanyian Ernie Zakri yang turut menjadi pelakon utama karya tersebut.

Sayangnya, lagu berjudul Sinar Mata Hati yang menjadi lagu tema (OST) drama tersebut tidak pernah dilancarkan secara rasmi di mana-mana platform muzik digital.

Hanya selepas dua tahun, lagu ciptaan Helen Yap dan lirik oleh Roslen Fadzil itu akhirnya dilancarkan secara rasmi baru-baru ini, sekali gus merealisasikan impian peminat untuk kembali menikmati lagu berkenaan.

Menariknya, buah tangan terbaharu Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 29, terbitan Universal Music Malaysia itu dihadirkan dengan video lirik menerusi saluran YouTube label berkenaan.

Bagi Ernie yang juga finalis Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35), dia emosi lain dapat diluahkan selain teruja memandangkan Sinar Mata Hati kini kembali berlagu untuk semua.

TERPERAP dua tahun, Ernie mengakui seronok apabila lagu Sinar Mata Hati akhirnya dapat dinikmati peminat sebagaimana single nyanyiannya yang lain

“Lagu Sinar Mata Hati ialah projek yang agak lama. Apabila dilancarkan secara rasmi kepada peminat, saya berasa sangat gembira sebab ada dalam kalangan mereka menantikan lagu ini menjadi single saya.

“Apa yang boleh dikatakan, ini masa terbaik lagu itu dilancarkan. Harapan saya bukan saja lagu itu diterima baik, bahkan menjadi bualan, siulan dan dendangan pendengar yang sentiasa menantikan lagu saya.

“Alhamdulillah, lagu ini sudah menjadi senarai single saya,” ujarnya.

Bagaimanapun, tunang kepada penyanyi, Syamel itu memberitahu, buat masa sekarang lagu Sinar Mata Hati ini hadir tanpa video muzik.

“Hanya ada video lirik, video muzik belum ada perancangan. Ditambah pula sekarang masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tetapi saya percaya akan dapat buat juga nanti. Insya-Allah, akan datang,” katanya.

Berkongsi mengenai perjalanan dan proses penghasilan Sinar Mata Hati, Ernie berkata, lagu tersebut mencabarnya dari segi penghayatan dan emosi.

Ernie yang pertama kali bekerjasama dengan Helen dan Roslen mengakui bertuah kerana dapat menyanyikan lagu ciptaan dua nama besar itu.

TERKENAL sebagai penyanyi yang kerap menyanyikan lagu bernada tinggi, namun Ernie mengakui Sinar Mata Hati juga mempunyai cabaran tersendiri dari segi oenghayatan emosi.

“Penghasilan lagu Sinar Mata Hati boleh diberikan kredit kepada komposer dan penulis lirik. Dalam masa sama, perjalanan rakaman lagu pula amat mudah sebab mendapat kerjasama baik daripada mereka.

“Saya pernah bekerjasama dengan Halen Yap, tetapi bukan dalam studio. Selalu dia (Helen) menjadi pengarah muzik untuk program.

“Dengan Roslen pula, ini kerjasama pertama kami. Proses rakaman lagu juga cukup mudah apatah lagi ketika itu saya juga sibuk menjalani penggambaran drama Suri Katriana dan dalam masa sama kena merakamkan lagu ini.

“Lagu ini agak mencabar. Biarpun tidak bernada tinggi atau memerlukan teknik vokal yang sukar, tetapi lebih kepada emosi yang agak berat. Bagi saya itu satu cabaran juga,” katanya.

Ernie juga amat tertarik pada bahagian korus yang dianggap sangat bermakna dalam kehidupan semua orang.

“Sama seperti dalam drama, lirik lagu ini juga bercerita tentang dendam. Dia tahu dirinya salah, tetapi tetap berdendam. Begitu juga dalam lirik Sinar Mata Hati.

“Saya tertarik dengan korus, walaupun dia melakukan kesalahan tapi dia minta maaf. Cuma hatinya penuh dendam,” ujarnya.

Sinar Mata Hati kini sudah tersedia dalam semua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, JOOX, KKBOX, Deezer dan YouTube Music.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI