fbpx
ENGGAN disalah erti, SCHA tampil menangkis dakwaan bisnes fesyen miliknya ditaja orang lain.

‘Ayaaya hasil kerja keras saya, bukan dibiayai sesiapa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon dan usahawan, Scha Al Yahya menafikan dakwaan kononnya bisnes fesyen miliknya iaitu Ayaaya dibiayai pihak tertentu.

Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al Yahya, 42, mengeluarkan kenyataan tersebut menerusi hantaran yang dimuat naik dalam akaun Threads.

“Ayaaya dibiayai sendiri, hasil kerja keras saya. Bukan dibiayai oleh sesiapa seperti yang diperkatakan,” tulisnya.

Kenyataan pelakon drama bersiri Awan Dania itu turut mendapat sokongan rakan seindustri termasuk Marion Caunter yang turut mengusahakan bisnes kecantikan.

“You go girl”, komen Marion.

Ayaaya merupakan jenama milik Scha yang dilancarkan pada tahun ini.

Antara koleksi yang dikeluarkan adalah beg tangan dan kemeja-T. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN