fbpx
Syed Saddiq dan Bella Astillah.

‘Syed Saddiq pun ada masa, ini kan kamu bukan YB’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pasangan hangat, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan penyanyi, Bella Astillah masih kekal menjadi topik hangat perbincangan antara pengguna media sosial hari ini.

Baru-baru ini perkara tersebut dibincangkan menerusi hantaran seorang pengguna di akaun TikTok, @emmafatima661.

Dalam hantaran tersebut wanita itu membandingkan Syed Saddiq dengan lelaki lain yang sering memberikan alasan sibuk dan tidak dapat meluangkan masa.

Sedangkan menurutnya, Syed Saddiq yang merupakan Ahli Parlimen sering meluangkan masa bersama Bella tidak kira kemana juga wanita itu pergi.

“Lepas ni lelaki tak boleh dah nak bagi alasan sibuk. YB Syed Saddiq pun ada masa untuk Bella. Ini kan kamu yang bukan YB,” tulisnya.

Hantaran itu mengundang pelbagai reaksi netizen terutamanya wanita yang rata-rata bersetuju dengan kenyataan itu.

“Yang bukan YB pula ‘trip’ ala-ala YB. Kalah sibuk YB,” komen Ima Rahima.

“Tulah masalah lelaki, sibuk kerja sahaja. Kalah YB,” komen Mamamia.

“Bukan lagi macam YB Syed Saddiq, malah lebih dari tu sibuknya,” komen Tiny.

Sementara itu, para lelaki juga sempat meninggalkan komen sambil ‘menyalahkan’ YB kerana telah meletakkan standard yabg tinggi.

“Dia YB tak apa, kami ni kuli sahaja,” komen Ayie.

“YB ni pun janganlah tunjuk sangat. Tengok apa yang jadi sekarang, kami yang tiada kena mengena pun terpalit juga,” komen MJ. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI