GUA MUSANG – Penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Kampung Redip, Pos Hau di sini, bersepakat menggunakan duit tabung untuk membeli Jalur Gemilang dan menganjurkan aktiviti yang membangkitkan semangat patriotik sempena sambutan Hari Kebangsaan. Seorang penduduk, Suzi Semai, 31, berkata, penduduk secara sukarela telah mengumpul wang untuk membeli Jalur Gemilang sejak sebulan lalu sebelum memasangnya di kawasan rumah dan jalan kampung bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan ke-68. Katanya, ambang Hari Kebangsaan akan diadakan di kawasan perkampungan mereka dengan penglibatan……