PROGRAM inventori sumber perikanan darat siri 2/2025 telah diadakan selama tiga hari bertujuan mengenal pasti spesies ikan yang terdapat di kawasan Sungai Senoi, Kampung Tonggang, Ulu Kinta, Perak. Inventori ini juga dijalankan sebagai asas kepada pembangunan santuari perikanan darat, dan untuk memahami kepelbagaian spesies ikan yang masih bertahan di tengah-tengah tekanan pembangunan serta pencemaran. Saya telah dihubungi oleh Puan Atiqah selaku Ketua Daerah Perikanan Kinta & Kampar (KDP) untuk membantu pasukan Inventori Sumber Perikanan, Pejabat Perikanan Perak dan Global Environment……