fbpx
Aliff Syukri ketika hadir di Mahkamah Sesyen hari ini.

Video Kelepok Raya: Aliff Syukri lepas, bebas empat pertuduhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan memuat naik kandungan video sumbang ‘Kelepok Raya’ tiga tahun lalu.

Hakim Ahmad Fuad Othman memutuskan demikian selepas meneliti hujahan tambahan daripada kedua-dua belah pihak.

Aliff Syukri, 38, didakwa atas empat tuduhan memuat naik kandungan video sumbang melalui akaun Instagramnya dengan niat menyakiti hati orang lain pada 13, 15, 17 dan 21 April 2022.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.

Sebelum ini, satu muzik video lagu raya berdurasi lima minit 23 saat pada 2022 menjadi kontroversi apabila memaparkan aksi keterlaluan beberapa penari lelaki lembut yang disifatkan mencemari sambutan Aidilfitri dan mempunyai elemen lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN