fbpx
BAPA penyanyi Ziana dan Anuar yang lebih dikenaloi sebagai Pak Zain meninggal dunia pada pukul 3.32 petang tadi.

Bapa Ziana, Anuar meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bapa kepada penyanyi Ziana dan Anuar Zain, Zain @ Zin Abdullah menghembuskan nafas terakhir pada usia 87 tahun pukul 3.32 petang tadi.

Berita duka itu disahkan sumber terdekat dengan anggota keluarga terdekat penyanyi terbabit yang memaklumkan Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Kayangan Heights, Shah Alam.

Laman sosial rasmi syarikat milik Anuar iaitu Anuar Zain Network turut berkongsi khabar duka itu.

Begitupun, punca kematian pesara polis berkenaan tidak diperincikan dengan lebih lanjut.

Difahamkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Elmina sebelum Maghrib, hari ini.

Zin atau lebih dikenali sebagai Pak Zain merupakan individu penting disebalik kerjaya seni Ziana dan Anuar yang menjadi antara penyanyi popular tanah air.

Ketika zaman muda, Allahyarham pernah menyertai kugiran muzik pasukan beruniform.

Usaha Kosmo menghubungi keluarga arwah bagi mendapatkan maklumat lanjut belum menerima sebarang maklum balas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI