fbpx
Antara gambar yang dikongsi pengguna media sosial.

Fenomena ‘light pillars’ muncul di Bintulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kemunculan tiga garisan cahaya berwarna jingga tergantung di langit malam tadi mendapat perhatian penduduk di Bintulu, Sarawak.

Fenomena tersebut yang dinamakan sebagai ‘light pillars’ sempat dirakam oleh orang awam yang dapat melihatnya dengan jelas.

Difahamkan, fenomena itu jarang berlaku di negara ini malah kebiasaannya boleh dilihat di negara-negara sejuk.

Menurut seorang penduduk yang dikenali sebagai Amir, cahaya berkenaan dapat dilihat sekitar pukul 9 malam tadi dari kediamannya.

“Mula-mula hairan kenapa jiran ambil gambar langit. Bila tengok atas nampak garisan ini, pertama kali dapat lihat sendiri,” katanya.

Sementara itu, seorang pengguna dikenali sebagai Faizal berkata, fenomena ini biasa dilihat di Kerteh, Terengganu apabila ada pembakaran gas berlebihan di pelantar minyak.

“Kalau di Kerteh saya dah puas tengok, bila ada pembakaran gas berlebihan akan nampak jalur api di langit mungkin pada waktu itu angin tak terlalu kuat membuatkan hawa panas nampak jelas di atas langit,” katanya.

Selain itu, seorang lagi pengguna dikenali sebagai Kamarizal berkata, kemungkinan tiang cahaya itu muncul susulan pantulan cahaya api dari pelantar minyak di kawasan Kidurong.

“Saya rasa ini refleksi cahaya api di LNG station area Kidurong sana,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI