fbpx
Karina (kanan) bersama sebahagian daripada barisan artis pada majlis pratonton Ombak Festival 2025 di Ember Beach Club at The Sirēya, Desaru Coast baru-baru ini.

Lebih 5,000 pengunjung bakal meriahkan Ombak Festival di Desaru Coast

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI –  Penganjuran Ombak Festival 2025 di Desaru Coast dijangka menjadi pemangkin kepada sektor pelancongan negeri Johor sekali gus memberi limpahan ekonomi kepada komuniti setempat dengan kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara.

Pengarah Ombak Festival merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Interim Destination Resorts and Hotels, Karina Ridzuan berkata, program yang berkonsepkan mesra keluarga itu bertujuan untuk memperkenalkan Desaru Coast sebagai pusat pelancongan bertaraf antarabangsa dengan menampilkan pengalaman unikkepada pengunjung dari dalam dan luar negara.

Menurut beliau, Desaru Coast mempunyai kelebihan tersendiri dengan keluasan 1,600 hektar yang menempatkan empat buah hotel, padang golf dan taman tema air. 

“Festival ini menjadi platform mempromosikan kawasan itu sebagai destinasi gaya hidup dengan pengisian aktiviti untuk semua peringkat umur.

“Ini adalah ruang untuk pengunjungmeluangkan masa berkualiti bersama keluarga,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pratonton Ombak Festival 2025 di Ember Beach Club at The Sireya, Desaru Coast di sini baru-baru ini.

Karina menjelaskan,  Ombak Festival yang berlangsung pada 12 hingga 14 September ini menampilkan persembahan muzik daripada artis antarabangsa, serantau dan tempatan seperti Joe Flizzow, SonaOne, Ismail Izzani, veteran ska Malaysia Gerhana Skacinta, The Pinholes dari Singapura, Phum Viphurit dari Thailand serta Diskoria dan Tanayu dari Indonesia.

Pihaknya mengunjurkan kehadiran lebih daripada  5,000 pengunjung sepanjang tiga hari program berkenaan.

Selain aspek pelancongan, festival ini turut memberi manfaat kepada komuniti setempat melalui pelbagai program sepanjang tahun. 

“Antaranya, bengkel seni yang melibatkan sekolah-sekolah sekitar Kota Tinggi dan Penawar, dengan pelajar menghasilkan karya seni yang akan dipamerkan dalam bentuk art installation semasa festival berlangsung,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI