fbpx
PELANCONG tidak perlu lagi menukar kad sim tempatan apabila tiba di satu-satu negara. ­ – Gambar hiasan

eSIM Store bantu mudahkan aktiviti melancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

INDUSTRI pelancongan di rantau Asia Pasifik (APAC) kembali rancak selepas beberapa tahun lumpuh akibat pandemik Covid-19.

Statistik menunjukkan pada tahun lalu, rantau itu menerima lebih 316 juta pelawat antarabangsa, hanya 13 peratus kurang daripada tahap prapandemik.

Jumlah ketibaan pelawat dijangka terus meningkat kepada 762 juta menjelang tahun depan, manakala perjalanan keluar dari APAC dijangka melonjak 20 hingga 25 peratus pada tahun ini.

Menurut Ketua Saluran Pengguna APAC Kaspersky, Chee Choon Hong, berdasarkan trend itu, pihaknya tampil dengan inovasi baharu iaitu Kaspersky eSIM Store (eSIM Store) bagi menjadikan pengalaman perjalanan lebih lancar, selamat dan mesra alam.

“Penyelesaian ini membolehkan pengguna memasang sim digital terus ke dalam telefon pintar atau peranti mudah alih tanpa perlu menukar kad sim fizikal.

“Hanya dengan beberapa langkah mudah, pelancong boleh memilih pelan internet negara, serantau atau global mengikut destinasi perjalanan mereka,” katanya ketika dihubungi K-Tekno menerusi e-mel baru-baru ini.

Tambahnya, eSIM Store direka untuk menyelesaikan masalah klasik pelancong seperti caj perantauan tinggi, kesukaran membeli kad sim tempatan serta masa menunggu di kaunter telekomunikasi.

Dengan liputan di lebih 150 negara dan wilayah, pengguna boleh menikmati akses internet tanpa gangguan, dari bandar besar hinggalah ke lokasi terpencil.

Tambahan pula, pemasangan yang pantas membolehkan eSIM diaktifkan dalam masa beberapa minit sahaja tanpa perlu menunjukkan pasport atau dokumen pengenalan diri.

Katanya lagi, selain memudahkan, aspek keselamatan juga diberi penekanan.

“Penyelidik Kaspersky baru-baru ini mengesan peningkatan laman phishing dan penipuan yang menyamar sebagai syarikat telekomunikasi terkenal di rantau APAC seperti

Singtel, Smart dan Telstra.

CHOON HONG yakin eSIM Store mampu menyelesaikan masalah kad sim dalam kalangan pelancong.

“Penjenayah siber cuba memperdaya pengguna untuk memasukkan maklumat sensitif seperti nombor telefon yang boleh dieksploitasi untuk mengakses akaun kewangan dan dompet kripto.

“Justeru, pelancaran eSIM Store bukan sahaja memudahkan perjalanan, malah melindungi pengguna daripada risiko digital,” ujarnya.

Di samping nilai dan keselamatan, Kaspersky turut menekankan kelestarian. Dengan menghapuskan penggunaan plastik untuk kad SIM dan pembungkusan, eSIM Store membantu mengurangkan sisa plastik sekali guna.

Pengguna juga boleh menambah data mereka pada bila-bila masa tanpa perlu menukar kad sim baharu, sekali gus menjadikan perjalanan lebih mesra alam.

Choon Hong turut menegaskan bahawa lonjakan pelancongan serantau mesti seiring dengan perkembangan teknologi.

“Kaspersky eSIM Store adalah jawapan kami kepada keperluan sambungan yang bukan sahaja mudah akses, malah selamat.

“Dengan eSIM semakin diterima dan lebih ramai pelancong menuntut akses data segera serta boleh dipercayai, kami mahu memastikan mereka menikmati pengalaman yang selamat dan bebas tekanan,” kongsinya.

Ujarnya lagi, menurut laporan industri, rantau APAC kini mewakili lebih 56 peratus daripada pasaran global eSIM pelancongan dengan pendapatan sekitar RM 48.5 juta pada tahun lalu.

“Fenomena ini membuktikan bahawa pelancongan moden semakin bergantung pada penyelesaian digital yang fleksibel, pantas dan berdaya tahan.

“Dengan pelancaran eSIM Store, Kaspersky bukan sahaja menawarkan kemudahan kepada pelancong, tetapi memperkukuhkan komitmen jenama itu terhadap keselamatan siber, inovasi dan kelestarian,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN