fbpx
DAR (kiri) dan Hossain (kanan) dalam pertemuan mereka di Dhaka, semalam. - Foto AFP

Bangladesh-Pakistan perkukuh kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DHAKA – Bangladesh dan Pakistan menandatangani beberapa perjanjian bersama semasa lawatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Pakistan, Ishaq Dar ke Dhaka, lapor portal berita Arab News semalam.

Ia merupakan pertemuan peringkat tinggi pertama antara kedua-dua negara dalam tempoh lebih satu dekad.

Dar tiba di Dhaka Sabtu lalu, dua hari selepas lawatan Menteri Perdagangan Pakistan, Jam Kamal Khan.

Beliau adalah pegawai tertinggi Pakistan yang melawat Bangladesh sejak 2012.

Kerajaan Pakistan menyifatkan lawatan itu sebagai bersejarah dan pencapaian penting dalam hubungan dua hala, yang semakin berkembang baik sejak kebangkitan pelajar menjatuhkan Perdana Menteri Bangladesh ketika itu, Sheikh Hasina, tahun lalu.

Selepas beberapa siri mesyuarat dengan pentadbiran sementara Bangladesh, Dar dan Penasihat Hal Ehwal Luar Bangladesh, Touhid Hossain menandatangani beberapa memorandum persefahaman bagi memperkukuh hubungan perdagangan dan diplomatik.

“Pakistan adalah jiran penting kami di Asia Selatan. Hubungan kami dengan Pakistan adalah bersejarah. 

“Dalam konteks ini, kami menyatakan tekad untuk mengukuhkan hubungan sedia ada,” kata Hossain.

Dokumen yang ditandatangani itu termasuk perjanjian pengecualian visa bagi pegawai dan diplomat.

Memorandum persefahaman mengenai penubuhan kumpulan kerja bersama dalam perdagangan; kerjasama antara akademi perkhidmatan luar dan agensi berita negara; perkongsian institusi antara Institut Kajian Antarabangsa dan Strategik Bangladesh dengan Institut Kajian Strategik Islamabad turut dimeterai. 

Hossain turut mengesahkan rancangan untuk memulakan penerbangan terus antara kedua-dua negara dengan berkata, dua syarikat penerbangan Pakistan telah mendapat kelulusan awal untuk mengendalikan penerbangan terus. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI