fbpx
ANGGOTA bomba memadam kebakaran tiga buah rumah di Taman Perajurit, Ipoh Timur, Tambun hari ini.

Wanita melecur kebakaran tiga rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAMBUN – Seorang wanita melecur tahap tiga dalam kebakaran membabitkan tiga buah rumah di Taman Perajurit, Ipoh Timur di sini hari ini.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, wanita yang berusia lingkungan 40-an itu melecur hampir keseluruhan badan.

Katanya, mangsa yang mengalami kecederaan parah itu segera dihantar ke hospital menaiki jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk rawatan kecemasan.

“Maklumat kebakaran itu diterima pada pukul 10.39 pagi dengan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun, BBP Meru Raya dan BBP Ipoh diatur gerak ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan tiga buah rumah teres satu tingkat di mana rumah pertama terbakar kira-kira 80 peratus manakala rumah kedua dan ketiga sebanyak 30 dan 10 peratus,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, operasi memadamkan kebakaran turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bercham.

“Setakat ini, operasi pemadaman masih diteruskan bagi memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semula,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI