LONDON – Penyerang baharu Bournemouth, Amine Adli sedia untuk menjadi ‘bintang’ baharu pasukan menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Wolverhampton Wanderers di Stadium Vitality malam esok.
Sebagai rekod, The Cherries mengambil keputusan untuk ‘memecah tabung’ selepas melengkapkan perpindahan Adli dengan nilai sebanyak £25.1 juta (RM142.4 juta) daripada kelab Bundesliga, Bayer Leverkusen kelmarin.
Kini, pemain antarabangsa Maghribi berusia 25 tahun itu optimis dia tidak memerlukan masa lama untuk menyesuaikan diri dengan kancah bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) dan berharap dapat turun membuat penampilan debut malam ini.
“Saya sangat teruja dapat berhijrah ke kelab hebat seperti Bournemouth. Secara jujur, saya mahu melebarkan karier ke England dan ini adalah kelab yang sempurna dengan cita-cita saya.
“Sambutan diberikan oleh pihak pengurusan, barisan kejurulatihan dan rakan-rakan sepasukan juga begitu mesra yang membuatkan saya tidak sabar untuk beraksi di hadapan penyokong nanti,” katanya. – AGENSI