fbpx
Siti Hajar Aflah ketika hadir di Mahkamah Majistret hari ini. Foto oleh Faisol Mustafa/Kosmo!

Guru BI buat ‘content’ Zara ‘dimasukkan’ ke mesin basuh didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Seorang guru bahasa Inggeris didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membuat kenyataan menimbulkan kegentaran awam berhubung kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Tertuduh, Siti Hajar Aflah Sharuddin, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan itu di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.

Wanita itu didakwa membuat kenyataan di akaun TikToknya yang mungkin menimbulkan kegentaran awam yang boleh mendorong mana-mana orang supaya melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam.

Kesalahan itu dilakukan pada pukul 1.20 tengah hari, 6 Ogos lalu dan kemudian dilihat dan didengar seorang anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 di sini.

Pertuduhan terhadap wanita itu dikemukakan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Mahkamah membenarkan Siti Hajar diikat jamin sebanyak RM4,000 dan menetapkan 9 Oktober ini bagi sebutan semula kes.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan seorang guru Bahasa Inggeris memuat naik video kononnya Zara Qairina, 13, yang meninggal dunia pada bulan lalu dimasukkan ke dalam mesin basuh. Wanita itu bagaimanapun mengakui video tersebut hanya sekadar ‘content’ (kandungan).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, guru itu membuat pengakuan tersebut selepas ditahan pihak polis baru-baru ini.

Katanya, pihaknya kesal dengan tindakan tersebut kerana ia sudah mempengaruhi sebahagian rakyat Malaysia, sedangkan fakta yang dikemukakan adalah palsu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI