fbpx
Mohd. Som sanggup menggunakan wang hasil getah bagi menghias kediaman pusakanya dengan ratusan bendera di Felda Bukit Rokan, Gemencheh semalam.

Orang dulu berkorban nyawa, kita korban duit beli bendera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAMPIN – Semangat sayang serta cintakan negara menjadikan seorang penoreh getah sanggup menggunakan wang hasil getah bagi menghias kediaman pusakanya dengan ratusan bendera.

Malah generasi kedua Felda Bukit Rokan, Mohd. Som Ahmad, 63 turut mendapat soko­ngan tidak berbelah bahagi dari isterinya, Suriyani Ponasir, 55, yang sanggup membantunya seawal sebulan lalu sempena bulan kemerdekaan untuk mengeluarkan bendera dalam simpanan.

Kata Mohd. Som, apa yang dilakukannya itu sudah menjadi tradisi sejak lebih 30 tahun lalu walaupun semasa dia tinggal di kawasan flat di Seremban dan bekerja sebagai pemandu lori kerana mengenangkan pengorbanan arwah bapanya, Ahmad Long yang merupakan seorang anggota polis semasa zaman awal merdeka.

“Saya memang semangat bila nak masuk bulan merdeka. Bapa (arwah) saya dulu polis. Orang dulu susah nak cari kemerdekaan, payah. Kita kenangan orang dulu dulu yang memerdekakan Malaysia ni.

“Jika mereka berkorban untuk negara kita kena berkorban (duit) untuk semarakkan sambutan bulan kemerdekaan. Macam saya, saya memang tak berkira nak beli bendera. Bila pudar saya ganti, sebab kalau bukan kita, siapa lagi nak meriahkan sambutan kemerdekaan,” katanya ketika ditemui di Felda Bukit Rokan, di sini semalam.

Ujar Mohd Som lagi, apa yang membuatnya bangga lagi ialah dua dari enam anaknya kini me­nyambung legasi arwah bapanya berbakti sebagai anggota polis di Kuala Lumpur serta Perak.

Katanya, kesemua anak-anaknya yang berusia 23 hingga 35 tahun kini sangat memberikan galakkan kepadanya menghias rumah dengan bendera ini.
“Saya hias kediaman pusaka dengan ratusan bendera serta landskap lain seperti replika rumah dan gazebo,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI