fbpx
Mior Faridalathrash

Hampir 11,000 pegawai anggota Polis Perak terima vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Hampir 11,000 pegawai dan anggota Polis Perak bakal menerima suntikan vaksin Covid-19 fasa pertama selaras pengumuman program vaksinasi petugas barisan hadapan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, seramai 10,924 pegawai dan anggota termasuk semua formasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berkhidmat di negeri ini bakal mendapat vaksin tersebut dalam masa terdekat.

“Suntikan ini secara tidak langsung telah menaikkan motivasi dan keyakinan diri para petugas barisan hadapan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

“Saya mewakili seluruh warga barisan hadapan PDRM Perak menzahirkan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak kerajaan persekutuan dan negeri atas keprihatinan tersebut dengan menjadikan kami sebagai keutamaan dalam penerimaan vaksin tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di Perak, beliau berkata, kadar pematuhan penduduk di Perak adalah sebanyak 96 peratus sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Februari lalu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI