fbpx
Rafizi.

Bukan Ismail Sabri bukan KJ, tetapi …. – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli menafikan skandal yang beliau sedang teliti membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau turut menafikan pertemuannya dengan pemberi maklumat mengenai skandal dimaksudkan adalah berkaitan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menurutnya, maklumat yang diberikan adalah bersabit bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador dan mengenai urus niaga syarikatnya.

“Ada yang cuba kaitkan serangan ke atas anak saya dengan Ismail Sabri atau KJ (Khairy Jamaluddin). Saya tak selidik atau sentuh kedua-duanya, ini cubaan jahat mengalihkan perhatian.

“Tuduhan pertama, kononnya saya sedang meneliti satu kes melibatkan Ismail Sabri. Konon melibatkan wang yang dicuci di luar negara.

“Tuduhan terkini, kononnya saya sedang meneliti satu lagi kes melibatkan Khairy Jamaluddin dan projek-projek semasa beliau jadi Menteri Kesihatan. Kedua-dua tuduhan ini tidak benar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi berkata, serangan terhadap anaknya diikuti dengan mesej-mesej ugutan yang mahukan beliau diam.

Justeru, katanya, timbul persoalan siapa yang mahu beliau diam dan diam mengenai isu apa, maka timbul tuduhan-tuduhan melibatkan Ismail Sabri atau Khairy Jamaluddin.

Katanya, pelbagai berita tidak benar itu adalah suatu usaha untuk mengalih perhatian rakyat dan siasatan sedangkan ia tidak ada kena mengena dengan kedua-dua mereka atau mana-mana ahli politik lain.

“Lagi banyak cerita-cerita seperti ini timbul, lebih ramai yang akan membuat kesimpulan sendiri bahawa ia usaha untuk mengalih perhatian.

“Saya telah berhubung dengan Ismail Sabri dan menyokong sepenuhnya keputusan beliau untuk membuat laporan polis mengenai berita-berita tidak benar begini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI