fbpx
Muhammad Mustaqim (dua dari kanan) dan Syazwani (dua dari kiri) didakwa di Mahkamah Sesyen Seri Manjung hari ini atas tuduhan memperdagangkan dua beradik kembar perempuan bawah umur untuk eksploitasi seks pada pertengahan Mei hingga pertengahan bulan lalu. -Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

Dua didakwa eksploitasi dua beradik kembar 14 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUMUT – Dua rakan didakwa di Mahkamah Sesyen Seri Manjung di sini hari ini atas dua tuduhan memperdagangkan dua beradik kembar perempuan bawah umur untuk eksploitasi seks sejak Mei hingga pertengahan bulan lalu.

Tertuduh, Muhammad Mustaqim Mohd. Zuber, 25, yang merupakan juruteknik telefon bimbit dan pembantu klinik, Syazwani Mohd. Hashim, 26, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mereka didakwa memperdagangkan remaja perempuan berusia 14 tahun bagi maksud eksploitasi seks di dua buah pangsapuri di Teluk Muroh, di sini pada 12 Mei hingga 1 Jun lalu.

Mereka juga dituduh melakukan perbautan sama ke atas seorang lagi perempuan berusia 14 tahun yang juga kembar mangsa pertama di lokasi sama antara 12 Mei dan 15 Jun lalu.

Kedua-dua pertuduhan dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang (ATIPSOM) 2007. Sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara seumur hidup dan tidak kurang daripada lima tahun serta sebatan.

Hakim Azizah Ahmad menetapkan kes itu disebut semula pada 22 September ini. Kedua-dua tertuduh dibenarkan diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin.

Beliau turut mengenakan syarat tambahan iaitu perlu melaporkan diri di balai polis terdekat setiap bulan selain dilarang mengganggu kedua-dua mangsa dan saksi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN