fbpx
Gambar hiasan

Tiada kompromi, toleransi jual rahsia negara – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan tidak akan berkompromi dengan masalah pencerobohan dalam badan risikan kerana ia merupakan malapetaka bagi negara.

Katanya, jika terdapat kartel yang mengambil keuntungan dan menjual rahsia negara, ia adalah soal besar yang tiada toleransi mengenainya.

“Kalau ada penyeludupan masuk dalam badan risikan itu suatu perkara besar. Ada satu, dua kes, pagi tadi saya sebut kalau ada satu, dua kes dan semalam pun mesyuarat itu lagi satu, dua kes tertentu atau seorang MI5 ke KGB, itu kita pernah lihat.

“Jadi biar ada siasatan awal. Saya ada beri maklumat kepada Panglima Angkatan Tentera dan Panglima Angkatan Tentera Udara dan juga semuanya termasuk Pengarah Bahagian Risikan, saya tunggu dulu laporan awal.

“Tapi kita tidak akan berselindung kerana kalau kita mula kompromi dengan masalah pencerobohan dalam badan risikan itu malapetaka bagi negara,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) apakah kerajaan telah menaik taraf indeks ancaman daripada ‘fokus external’ kepada ‘insider threat’ atau ‘hybrid intimidation’

Terdahulu, Anwar berkata, sebarang keputusan berhubung perolehan aset pertahanan udara negara sama ada helikopter Black Hawk atau pesawat pejuang F/A-18 akan dibuat melalui Jawatankuasa Teknikal Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

“Kalau tidak dapat dipertahankan, kita tidak akan menandatangani. Itu jelas dasar kita. Kedua, tentang dakwaan pencerobohan melalui dron oleh dua rakyat China itu sudah ditangkap dan dalam siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI