fbpx
Gambar hiasan.

Pengasuh, suami ditangkap dera budak lelaki 2 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Seorang pengasuh dan suaminya ditangkap selepas disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di sebuah pangsapuri di Seksyen 16 di sini, semalam.

Kedua-dua suspek berusia 37 dan 40 tahun ditahan kira-kira pukul 11.22 malam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, penderaan itu terbongkar apabila kanak-kanak tersebut dihantar pulang ke rumahnya dalam keadaan lebam di luka kira-kira pukul 9.30 malam pada 14 Ogos lalu.

Katanya, kanak-kanak lelaki terlebih dahulu telah dihantar ke rumah pengasuhnya pada pukul 10 pagi hari yang sama.

“Ibu kanak-kanak tersebut telah bertanyakan kepada pengasuh punca anaknya mempunyai kesan lebam di muka.

“Pengasuh kemudiannya menyatakan bahawa anak pengasuh telah bergaduh dengan kanak-kanak tersebut. Namun ibu mangsa tidak mempercayainya dan mahu membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Kesan kecederaan pada kanak-kanak tersebut.

Kata beliau, kanak-kanak tersebut seterusnya telah mendapatkan rawatan di Hospital Shah Alam.

Tambahnya, pegawai perubatan yang merawatnya mengesahkan kecederaan disebabkan dipukul dan mempunyai kecederaan pada tisu lembut di muka kanak-kanak tersebut.

“Siasatan mendapati pasangan suami isteri negatif dadah dengan suspek lelaki bekerja sebagai jurujual.

“Kedua-dua suspek kini direman tiga hari bermula hari ini dalam kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” tegasnya.

Justeru katanya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Khamsia Hung Mei Shuang di talian 016-8119560.

Terdahulu tular luahan seorang wanita dipercayai ibu mangsa bersama empat keping gambar memaparkan kesan kecederaan pada anaknya itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI