fbpx
JOAO Pedro (kanan) juga gagal meneruskan aksi cemerlang dipamerkan sebelum ini apabila buntu untuk menembusi pintu gol Palace. - AFP

EPL: Chelsea, Palace kongsi satu mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Permulaan kurang baik buat juara dunia, Chelsea pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Crystal Palace di Stamford Bridge sebentar tadi apabila terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Turun sebagai pasukan pilihan, skuad kendalian Enzo Maresca itu bermula cukup baik apabila mencipta beberapa gerakan awal, namun dipatahkan benteng pertahanan Palace yang dikemudi Marc Guehi.

Pada minit ke-13, pintu gol The Blues bocor hasil sepakan percuma Eberechi Eze, namun gol itu dibatalkan selepas pengadil merujuk video bantuan pengadil (VAR) dan mendakwa Guehi mengganggu benteng yang dibuat.

Tersentak dengan jaringan itu, Chelsea kemudiannya mula mengatur gerak, namun usaha dibuat tidak berhasil apabila sukar untuk menembusi benteng pertahanan Palace yang berkampung dalam kotak penalti.

The Blues juga jelas menampilkan corak permainan berhati-hati, lebih-lebih lagi pemain muda, Josh Acheampong diberikan tanggungjawab beraksi di posisi pertahanan selepas Levi Colwill dan Tosin Adarabioyo mengalami kecederaan.

Memasuki separuh masa kedua, tidak banyak perbezaan dapat dilihat apabila Chelsea terus buntu untuk menembusi pintu gol Palace biarpun gerakan demi gerakan dilakukan jentera serangan.

Kemasukan dua pemain baharu, Liam Delap dan Estevao Willian yang menggantikan Joao Pedro dan Jamie Gittens juga gagal membantu Chelsea menghasilkan jaringan biarpun beberapa kali mengancam pintu gol The Eagles.

Selain itu, Chelsea juga beberapa kali berpeluang untuk menjaringkan gol kemenangan pada waktu kecederaan, namun percubaan yang dilakukan gagal menerjah gawang dan kedudukan 0-0 kekal hingga tamat perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN