PETALING JAYA – Tular di laman sosial apabila sebuah motosikal Yamaha RXZ keluaran tahun 2010 yang didakwa semuanya masih dalam keadaan asal dari kilang ingin dijual pada harga RM88,000.
Menerusi perkongsian di laman Facebook Iqbal Jelani, motosikal tersebut didaftarkan pada tahun 2011 dan hampir 99 peratus asal dari motosikal.
Jelasnya, motosikal berkenaan berwarna merah ‘maroon’ bajak putih dan geran didaftar pada tahun 2011.
“Bebas ‘restore’, tayar ori (asal) motor (4210),
minggu ke-42, tahun 2010, enjin tak pernah buka. Head, block size 00 tak pernah buka dari mula beli.
“Nombor casis dan enjin atas bawah ori, ekzos catalyzer ori ori motor, tak pernah repaint (cat semula. Nombor plate baru akan diberi untuk pembeli baru. RM88,000 ribu sahaja, view (lihat) motor di Pontian, Johor,” tulis lelaki tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, ada kalangan pengguna mendakwa harga motosikal terbabit tidak masuk akal ketika ini.
“Ni gara-gara influencer ni, kucar (kacau) harga terus, elok rega (harga) 18k (RM18,000) terus mencanak,” dakwa Lanang Wak Jemino.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Mathew Donny.
“Baik beli kereta atau pun tanah,” katanya. – KOSMO! ONLINE