fbpx
SEJAK dilancarkan hampir seminggu lalu, lagu Justice For Zara kini mendunia dengan jutaan penggunaan di serata platform media sosial, TikTok, Instagram, YouTube dan Facebook.

Lagu Justice For Zara jeritan luka menembus dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KITA selalu dihidangkan dengan banyak perkara viral yang kebanyakan sifatnya bermusim mengikut peredaran, sama ada cuaca, perayaan, kejadian atau peristiwa yang menyentuh hati dan serta ada elemen kebersamaan dengan khalayak.

Kebersamaan itu asasnya seiring secara fizikal, emosi dan spiritual melibatkan kesatuan hati dan fikiran, bukan sekadar kehadiran luaran.

Jika kena dengan situasi, seperti hanya mematahkan mata pensil, dengan pantas tularlah. Itu yang sedang diperlihatkan semesta dengan kisah kematian tragis pelajar tingkatan satu, Zara Qairina dipercayai akibat buli di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, Sabah.

Bukan soal tanda pagar #JusticeForZara yang tular dengan konten-konten sokongan dan desakan kepada pihak tertentu serta himpunan beramai-ramai di jalanan atau di depan sekolah yang telah kita saksikan, ketika ini apa yang menarik perhatian juga adalah penularan lagu Justice For Zara yang dengan mudah mendunia sehingga ke negara jiran seperti Thailand dna Indonesia.

Bukan air tangan komposer atau melibatkan penyanyi popular, sebaliknya karya jeritan jiwa penuh makna tersebut merupakan ciptaan penuh seorang pesara Keretapi Tanah Melayu (KTMB) bernama Nursalim Ali.

Lagu itu juga mencetus fenomena dengan kemunculan pelbagai versi dalam platform media sosial, daripada ‘cover’ penuh, adaptasi bahasa Inggeris, sehingga tribute pendek yang pilunya menghiris naluri setiap orang.

Setakat ini, Justice For Zara digunakan lebih 3,000 kali sebagai muzik latar reels Instagram, manakala di TikTok lebih 3 juta kali. Karya penanda sokongan, kemarahan dan solidariti rakyat Malaysia itu juga berjaya menembus sempadan apabila turut digunakan pempengaruh dari Thailand, Dicki324 dengan tanda pagar seperti #2tthailand dan #2tmalaysia. Terbukti, konten tersebut menjadi simbol kesejagatan emosi dan kemanusiaan merentasi agama, bangsa, budaya dan negara.

Hantaran itu meraih hampir 60,000 tanda suka dengan ribuan komen, menjadikannya antara video paling mendapat perhatian di peringkat antarabangsa.

Di Malaysia, Biduanita Negara, Datuk Siti Nurhaliza sendiri ada memuji penghasilan Justice For Zara yang disifatkan bukan sekadar hashtag sebaliknya jeritan setiap mangsa yang maruahnya dipijak, keyakinannya diragut dan senyumannya dihapuskan oleh tangan pembuli.

Dari sudut berbeza, lihatlah dunia, betapa lagu yang seratus peratus menggunakan suara nyanyian teknologi kecerdasan buatan (AI) itu mampu menyelinap dan meruntun emosi sebegitu banyak jiwa.

Jika seorang bapa kepada enam orang anak dan 10 cucu, sekadar pesara syarikat pengangkutan yang bukan handalan muzik mampu berkarya sehebat itu, tidak mustahil sedikit masa lagi, lebih ramai lagi ‘Nursalim’ boleh muncul menjadi pengkarya hebat berjiwa besar.

Tahniah Malaysia, merdekakanlah jiwa dan karya anak wargamu!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN