SEREMBAN – Cubaan seorang lelaki untuk melarikan diri selepas menikam pemuda sampai mati di hadapan sebuah rumah di Taman Seri Pagi, di sini gagal apabila dia berjaya diberkas oleh orang awam.
Seorang jiran yang enggan dikenali berkata, dalam kejadian pada pukul 6.30 petang itu, dia mendengar jeritan bapa mangsa sebelum melihat anaknya terbaring berlumuran dadah di hadapan rumah.
“Ketika itu saya tidak berfikir panjang lalu nenghubungi ambulans. Keadaan mangsa ketika itu seperti sudah tidak dapat diselamatkan (nyawa-nyawa ikan).
“Kemudian saya ambil tali dan mengikat suspek supaya dia tidak dapat lari sebelum anggota polis tiba di lokasi kejadian,” katanya kepada Kosmo! hari ini.
Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 28 tahun maut selepas diserang dan ditikam seorang lelaki yang bersenjatakan sebilah pisau ketika berada di hadapan rumah.
Suspek yang berusia 31 tahun bagaimana berjaya diberkas oleh penduduk sebelum diserahkan kepada pihak polis. – KOSMO! ONLINE