fbpx
Mohd. Nizam ketika menghadiri Latihan Kuasa Tembakan (LKT) 2025 di Lapang Sasar Kem Syed Sirajuddin Gemas, hari ini. Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN/ KOSMO!

Malaysia siasat ketelusan gencatan senjata Thailand-Kemboja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAMPIN – Pasukan Pemerhati Interim (IOT) yang diketuai Malaysia memainkan peranan penting dalam menyiasat ketelusan gencatan senjata antara dua buah negara, Thailand dan Kemboja seperti yang diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am (GBC), minggu lalu.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Mohd. Nizam Jaffar berkata, peranan itu kini sedang dilaksanakan dan pihaknya ada menerima laporan daripada kedua-dua negara berlaku beberapa pelanggaran gencatan senjata.

“Yang ini (perlanggaran) kita ambil laporan tersebut. Pasukan di lapangan akan membuat siasatan dan memaklumkan kepada kedua-dua pihak.

“Kita juga meminta Thailand dan Kemboja untuk berhubung dengan Joint Action Group (JAG) yang terdiri daripada kedua-dua negara tersebut termasuk berkaitan perundangan dan sebagainya.

“Kita (ATM) punya matlamat dan tugas utama adalah memastikan gencatan senjata berjalan dengan telus dan lancar. Itu saja,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Latihan Kuasa Tembakan (LKT) 2025 di Lapang Sasar Kem Syed Sirajuddin Gemas, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari dan Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan.

Minggu lalu, pasukan pemerhati ASEAN dimuktamadkan di mana kedua-dua pihak turut bersetuju untuk menubuhkan IOT yang terdiri daripada atase pertahanan negara anggota ASEAN.

Thailand dan Kemboja juga bersetuju untuk mengadakan mesyuarat GBC seterusnya dalam tempoh sebulan selepas 7 Ogos di lokasi yang akan ditentukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI