fbpx
Gambar hiasan

‘Setakat ini tiada aduan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TELUK INTAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak mengesahkan tidak menerima sebarang aduan setakat ini daripadan pengguna berhubung kenaikan harga telur ayam sejurus penamatan subsidi oleh kerajaan pada awal bulan ini.

Pengarahnya, Datuk Kamalludin Ismail berkata, pihaknya sentiasa aktif menjalankan pemantauan harga barangan keperluan setiap hari bagi memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga secara tidak munasabah.

“Setakat ini kita tidak menerima mana-mana aduan berhubung kenaikan harga telur ayam. Pemantauan harga barang dibuat setiap hari oleh pegawai kita,” katanya selepas pelancaran Jelajah Promosi Price Catcher yang disempurnakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad di sini hari ini.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan kawalan harga telur ayam akan ditamatkan dengan kadar subsidi dikurangkan daripada 10 sen kepada lima sen sebiji pada 1 Mei 2025 sebelum dihentikan sepenuhnya pada 1 Ogos lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI