fbpx
Shazeli memaklumkan seramai 95 individu telah dirakam keterangan berhubung program motivasi rumah tangga eHATI, setakat ini.

Isu eHATI: 95 individu dirakam keterangan setakat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Polis telah merakam keterangan lima lagi individu lagi menjadikan keseluruhan 95 individu dirakam keterangan melibatkan program motivasi rumah tangga eHATI, setakat ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, kes itu masih dalam siasatan dan pihaknya masih menunggu tindakan susulan daripada beberapa jabatan dan agensi.

Beliau berkata, antara barangan dirampas termasuk alat-alat komunikasi dan ia telah dihantar ke jabatan untuk dianalisa.

“Kita telah hantar barang kes untuk rujukan Jabatan Pendakwaan Negeri dan beberapa jabatan lain,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, di sini hari ini.

Ditanya sama ada polis turut merampas air ‘piya’ (air campuran koko) daripada penganjur program itu, Shazeli berkata, pihaknya tidak merampas air berkenaan.

“Kami tidak membuat rampasan air berkenaan tetapi membuat beberapa rampasan lain,” katanya.

Ditanya bila tempoh laporan analisa itu selesai, Shazeli menjelaskan, ia bergantung kepada kes dan kerumitan sesuatu kes berkenaan.

Sebelum ini, polis mengesahkan terdapat aktiviti bogel dilakukan empat indvidu ketika malam dikenali sebagai ‘queens night’ yang di anjurkan syarikat motivasi terbabit.

Pada 16 Julai lalu, pasangan suami isteri pengasas eHati, seorang anak mereka dan tiga lagi individu direman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 dan 294 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI