fbpx
JDT masih segar dengan kejayaan menjulang trofi Piala Sumbangsih dan bersedia memburu tiga mata lagi berdepan NSFC.

Liga Super: JDT sedia jadikan NSFC mangsa terbaharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEJAYAAN merangkul Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Jumaat lalu memberi tonik buat Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila berdepan Negeri Sembilan FC (NSFC) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.

Jurulatih JDT, Xisco Munoz menuntut anak buahnya untuk mengekalkan rentak kemenangan lebih-lebih lagi ketika bermain di laman sendiri.

Bagaimanapun, katanya, skuad Harimau Selatan tidak boleh memandang rendah keupayaan lawan setelah skuad kendalian Nidzam Jamil itu turut diperkuat dengan kehadiran pemain baharu.

“Pada aksi pembukaan minggu lalu, saya berpuas hati dengan persembahan bertenaga dipamerkan pemain, mereka berjaya mencari peluang gol dan menguasai permainan dengan baik.

“Ini adalah permulaan yang baik dan berharap pemain dapat mengekalkan rentak permainan yang seimbang itu. Saya lihat pasukan ini berpotensi untuk menjadi lebih baik dan kita akan bekerja keras ke arah itu,” katanya.

Menurut pengendali kelahiran Sepanyol itu, pasukan juga akan memperkemas lagi taktikal situasi bola mati yang boleh menjadi penyumbang jaringan dalam perlawanan.

Selain itu, katanya, pemain juga akan memberi tumpuan untuk meningkatkan keserasian melibatkan pemain baharu selain memantapkan corak permainan berintensiti tinggi yang menjadi falsafah JDT.

Pengendali berusia 44 tahun itu tidak menolak untuk melakukan penggiliran pemain setelah kesemua 34 pemain Harimau Selatan bersiap sedia untuk dimasukkan dalam kesebelasan utama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN