fbpx
Ibu tiri (dua dari kanan) dan bapa kandung (tiga dari kanan) ditahan reman tujuh hari bagi membantu kes kematian bayi mereka di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu semalam.

Bayi 23 bulan maut: Banyak unsur penderaan ketara ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Siasatan awal menemui banyak unsur-unsur penderaan yang ketara dalam kes seorang bayi lelaki berusia 23 bulan yang meninggal dunia pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairudin berkata, unsur penderaan tersebut tidak boleh ditolak memandangkan banyak kesan kecederaan dan lebam baru dan lama yang ditemui pada tubuh mangsa yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik tersebut.

“Begitupun kita masih belum memperolehi laporan penuh perubatan mangsa daripada pihak hospital.

“Setakat ini, empat individu telah diambil keterangan termasuk bapa kandung dan ibu tiri mangsa yang telah ditahan reman mulai semalam,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini hari ini.

Mohd. Khairi berkata, dua lagi saksi yang telah dipanggil untuk memberi keterangan kes tersebut ialah doktor dan seorang jururawat yang merawat bayi tersebut.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa menetap bersama bapa kandung dan ibu tiri yang baru kira-kira enam bulan berkahwin serta abangnya berusia tiga tahun.

“Pemeriksaan terhadap abang mangsa yang kini ditempatkan sementara di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula tidak menemui sebarang kesan penderaan,” katanya.

Kosmo! hari ini melaporkan pasangan suami isteri masing-masing berusia 27 dan 30 tahun ditahan reman sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI