fbpx
Lokasi kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan treler di KM19 Lebuh Raya Cheras-Kajang, semalam.

Jurutera maut kemalangan motosikal, pemandu treler ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Seorang jurutera maut selepas motosikal yang dia naiki terlibat kemalangan dengan sebuah treler di kilometer (KM) 19 Lebuh Raya Cheras-Kajang, semalam.

Dalam kejadian pukul 5.30 petang, mangsa berusia 40 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan treler itu berlaku ketika menghala ke arah Kajang.

“Akibat pelanggaran tersebut, penunggang motosikal hilang kawalan lalu terjatuh ke atas permukaan jalan dan mengalami kecederaan parah.

“Mangsa yang bekerja sebagai jurutera disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semakan mendapati pemandu treler berusia 28 tahun itu mempunyai tujuh rekod saman dan telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Narolhisyam Endi di talian 019-5897115,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN